Tarikh/ Hari:                                                            Masa  :           7.45 – 8.20                                       Kelas      :          4 Bakawali                                           Bil. Pelajar :   43 orang                               
M/ Pel : Bahasa Melayu
M/ Pel : Bahasa Melayu
Tajuk      :          Keluarga bahagia     
Objektif :        Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:
1.    Mengetahui kata panggilan untuk bapa / ibu saudara.
2.    Menyenaraikan panggilan bapa / ibu saudara ( Mak Long/Pak Long)
3.   Membuat ayat perintah, larangan, dan ayat seru yang sering disebut di 
      rumah.
Pengetahuan Sedia Ada :  Murid mengetahui setiap orang ada keluarga sendiri.
Konsep : Konsep kekeluargaan dan istilah panggilan dalam keluarga.
Bahan :    1. Lagu “Keluarga bahagia”
                 2. Gambar Keluarga
                 3. Kad perkataan
                 4. Lembaran kerja 
Nilai :       1. Bekerjasama dalam setiap tugasan yang diberi.
                 2. Murid menggunakan bahasa sopan dalam perbualan.
Kemahiran : 1. Menyenaraikan ayat perintah yang biasa digunakan di rumah
                      2. Membina 5 ayat perintah daripada kata perintah yang disenaraikan.
| 
Langkah/Masa | 
Isi Pelajaran | 
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | 
Catatan | |
| 
Aktiviti Guru | 
Aktiviti Murid | |||
| 
Set Induksi | 
Lagu ”Keluarga Bahagia 
Gambar tunggal 
Keluarga bahagia | 
1. Guru menyoal murid berdasarkan lagu yang diperdengarkan. 
2. Mencungkil idea murid dengan menyoal  
berpandukan gambar tunggal 
sebuah keluarga yang ditunjukkan oleh guru di depan kelas. | 
1.  Murid yang mengetahui lagu tersebut menyanyi bersama dengan iringan radio. 
2.  Murid memberi respon terhadap soalan yang diberikan oleh guru. 
3.  Murid berasa seronok dengan pengetahuan sedia ada mereka | 
Teknik: 
Penyoalan secara kelas tentang lagu dan gambar keluarga 
C0ntoh: 
1.  Berapa orang ahli keluarga yang terdapat dalam gambar ini? | 
| 
Perkembangan 
1 
(20 minit) | 
Lisan: 
Perbualan 2 orang murid tentang ahli keluarga mereka. 
Panggilan gelaran ahli keluarga: 
Pak Long 
Mak Long 
Pak Ngah 
Mak Usu | 
1.  Guru menunjukkan petikan cerita ”Keluarga Bahagia” dalam buku teks 
2.  Guru meminta 2 orang murid ke depan untuk melakonkan dialog yang terdapat dalam teks. 
3.  Guru meminta murid berbincang tentang keluarga masing-masing. 
Debriefing: 
Murid yang telah menguasai maju ke fasa applikasi sementara yang masih keliru diberi penerangan oleh guru dalam kumpulan kecil. | 
1.  Murid membaca petikan secara senyap. 
2.  2 orang murid melakonkan dialog. 
3.  Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. 
4.  Murid diminta berbincang dan berlatih dalam kumpulan untuk berbual di depan  
kelas. 
5.  Murid mempersembahkan perbualan mereka di depan kelas. 
Aktiviti Pemulihan: 
Murid yang lemah diberi penerangan dalam kumpulan yang kecil dan diminta menonton perbualan rakan mereka di depan kelas. | 
Strategi / Teknik: 
Simulasi-perbualan latar belakang keluarga masing-masing. 
Nilai murni: 
Kerjasama dalam kumpulan sewaktu perbincangan. | 
| 
Perkembangan 
2 
(20 minit) | 
1.  Contoh Ayat Perintah: 
Usah pergi ke sungai yang dalam airnya. | 
1.  Guru menunjukkan contoh Ayat Perintah. 
2.Guru meminta murid membina 5 atau lebih ayat perintah yang selalu digunakan di  
rumah. 
3. Guru meminta murid menjawab teguran dengan sopan. | 
1.  Murid membina ayat berdasarkan perkataan yang ditunjukkan dalam kumpulan. 
2.  Murid membaca ayat yang mereka bina. 
3.  Murid memberi jawapan bagi setiap  
teguran. | 
Strategi: 
Perbincangan dalam kumpulan diikuti persembahan dapatan hasil pembelajaran. | 
| 
Penutup 
(10 minit) | 
Peranan setiap ahli keluarga untuk mewujudkan keluarga bahagia. 
Anak-patuh peraturan. 
Kerjasama di rumah 
Sikap tolak ansur. | 
1. Kuiz pendek dengan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 
2.Guru menyelesaikan masalah kekeliruan murid. 
3.Guru meminta 
murid membuat ayat berpandukan perkataan yang diberi ke dalam buku tulis. | 
1.  Murid menjawab soalan yang diberikan di dalam lembaran kerja. 
2. Murid membacakan jawapan mereka. 
3.  Murid membuat ayat di dalam buku tulis. | 
Strategi: 
Penyoalan keseluruhan kelas menggunakan lembaran kerja. | 
Refleksi :
 
Rph yang jelas dan lengkap. Terima ksih atas perkongsian ini.
ReplyDelete